Info Kucing Maine Coon Paling Lengkap

Artikel terkait : Info Kucing Maine Coon Paling Lengkap

Kucing Maine Coon Kucing Terbesar Didunia

Kucing Maine Coon merupakan kucing yang lebih besar daripada kucing pada umumnya. Boleh dibilang ini adalah kucing terbesar. Bukan cuma itu sahaja kucing ini juga mempunyai bulu yang sangat lebat dan tebal, kucing ini lebih menyerupai haiwan singa.

Namun kucing ini tetap kelihatan comel dengan badannya yang sangat besar. Dan tentunya kucing ini merupakan kucing yang sangat diburu oleh para pecinta kucing seperti kucing Parsi dan Anggora.

Info Kucing Maine Coon

Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemukan di Amerika, disekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon, beratnya boleh mencapai 10kg. Sangat berbeza dengan kucing pada umumnya.

Nama Maine Coon diambil dari daerah nama negara bahagian USA, Maine.

Kucing Comel Maine Coon

Mitos Kucing Maine Coon

Kucing Maine Coon mempunyai mitos, seorang ratu Perancis bernama Marie Antoinette. Dia akan dihukum mati, kerana menolak dia berusaha untuk melarikan diri yang dibantu oleh Captain Samuel Clough. Dengan menggunakan kapal Marie melarikan diri, semua harta bendanya dimasukkan kedalam kapal, termasuk kucing Maine Coon. Namun, dia gagal sampai USA. Kucingnya pula sampai ke Wiscasset, Maine. Begitulah mitosnya.

Kucing Berbulu Paling Lebat - Maine Coon

Jenis kucing maine coon ini mempunyai badan yang besar. Jantan beratnya antara 6-9kg. Sedangkan betina 4-6kg. Kucing comel ini juga memiliki telinga dan mata yang tajam, sehingga memiliki pendengaran dan penglihatan yang tajam.

Gambar Kucing Maine Coon Terlengkap

Dengan bulunya yang sangat lebat, kucing ini mampu bertahan di dalam salji dan hawa sejuk lainnya, bulunya pun anti air, dan juga bulu tebalnya dibahagian perut dan kaki.

Tidak hairan kucing ini lebih sering dijumpai di kawasan yang sejuk, itu kerana bulunya yang direka untuk keadaan sejuk.

Ciri dan Info Kucing Maine Coon

Ciri-ciri Kucing Maine Coon

Diatas sudah saya sebutkan beberapa cirinya, namun berikut ini lebih lengkapnya ciri-ciri kucing Maine Coon:

  • Badan besar dan panjang
  • Memiliki tulang dan otot yang kuat
  • Mata lebar dan oval
  • Teling besar (lebar di bawah)
  • Dahi melengkung
  • Otot pipi sangat menonjol
  • Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
  • Ekor panjang dan lebar
  • bulunya tebal dan tahan air
Selain bulunya yang tebal, kucing ini juga terkenal dekat dengan tuannya, dan kucing ini lebih aktif daripada kucing parsi yang kerjanya tidur je. Sehingga kucing ini cocok untuk kamu yang suka bermain dengan kucing.

Harga Kucing Maine Coon

Harga Kucing Maine Coon

Kucing maine coon untuk dijual di Malaysia adalah sekitar RM1000-RM5500 seekor. Dipetik dari laman web petfinder.my. Sila untuk kamu yang berhasrat untuk mempunyai kucing yang aktif dan suka bermain namun tetap comel, kucing ini sesuai dan pantas.

Begitu sahaja info yang dapat saya kongsikan, semoga bemanfaat, thanks.

Artikel How to love cat · Kesihatan Kucing Lainnya :

0 komentar:

Catat Ulasan

© 2017 KesihatanKucing, Co.Id